Sign In
MyFundAction donates food


​​

MyFundAction Perak has generously provided 200 'Qurban pack' consisting of ready-to-eat beef curry for UTP students. Thank you very much!
Posted @withregram • @myfundaction.perak CoVID-19: MyFundAction edarkan 200 'Qurban Pack', pek sedia untuk dimakan di musim PKP.

Selesai sudah pengedaran di Universiti Teknologi PETRONAS.

Pasukan MyFundAction Perak yang diketuai oleh Puan Norsyafiqah Salimun, Ketua Unit Pembangunan Belia telah menyerahkan 200 'Qurban Pack' kepada Encik Ahmad Faeizal Abdul Majid selaku Ketua Unit Sokongan Pelajar (Pusat Perkhidmatan Pelajar) untuk diagihkan kepada pelajar di dalam kampus. "Pek ini tak perlu masak lagi dah. 'Qurban Pack' yang berisi kari daging ini boleh terus dimakan oleh para pelajar dan sesuai bagi mereka yang tinggal di asrama," maklum Puan Norsyafiqah.

Turut bersama sewaktu penyerahan berlangsung, Encik Erwan, pegawai di Unit Sokongan Pelajar bagi Pelajar Antarabangsa dan juga Cik Nur Awatiff, Presiden MPP UTP sesi 20/21 turut menyatakan rasa syukur di atas kerjasama yang diberikan oleh MyFundAction dan masyarakat yang lainnya juga. "Ini adalah satu inovasi yang sangat kreatif. Daging siap di masak", ujar Cik Awatiff.

MyFundAction terus komited berbakti untuk umat tanpa mengira latarbelakang, agama dan bangsa.

Ayuh! kita berganding bahu meringankan beban kesusahan orang lain.

Masih belum terlambat untuk anda menjadi sebahagian daripada kami.

Ya Allah, di hari Jumaat yang mulia ini, Engkau jauhkanlah kami dari wabak ini!! 

#rezekiummat #stayiniman #lawancovid19

​​ 


​ 

back-button.png​​​